Tuesday, March 30, 2010

mencari bekas pekerja canon

sampai hari ni hampir sebulan blog ni dibuat..
setakat ni tak jumpa lagi rakan-rakan kerja canon yang
menghilang tu.. tapi blog ni dah boleh search kat gogle..
mungkin tak lama lagi ..ada la org pertama yang akan jumpa blog ni..
harap sangat la..bekas bekas dan rakan rakan yang pernah
bekerja di kilang canon shah alam tu, dapat menemui blog ni..

Friday, March 26, 2010

canon digital camera

emenjak dua menjak ni..rajin pulak pergi survey camera
canon.. ingat nak beli kamera canon satu..
dalam pada tu sempat juga belajar sikit siri kamera yang
canon keluarkan.. menarik juga cara bisnes canon ni..
hampir semua perengkat di jadikan sasaran pembeli
bagi produk mereka..
jom kita tengok sikit apa bentuk kamera yang di
hasilkan untuk memenuhi keperluan
semua

The PowerShot E series

kamera jenis ni di ilhamkan untuk menarik golongan
wanita terutama remaja yang suka warna lembut
dan bentuk yang menarik. disamping tu, quality kamera ni
juga diambil berat.. seperti sistem imej stabilizer
untuk mengekalkan quality gambar yang menarik
walau masa kita ambik tu tangan meggigil sikit.
kamera ni di buat untuk mudah diguna..
tampa perlu setting yg pening kepala tu
bebudak pun boleh pakai.

PowerShot E1

amacam cantik tak.., spec dia pun canggih jugak.

The PowerShot E1 features:

-10.0 Megapixels
-4x optical zoom with optical IS
-Unique, stylish design.
-17 shooting modes
-Face Detection Technology
-Auto Red-Eye Correction
-Motion Detection Technology
-DIGIC III with iSAPS
-2.5” LCD and OVF
-VGA and LP movies
- image stabilizer
- USB, AV port
- ISO range of 80 to 1,600 (3,200 in scene mode)
- support of SDHC/SD/MMC/MMCplus/HC MMCplus cards
Price: RM699.00


PowerShot A-Series

camera ni untuk orang yang suka travel
atau nak mudah guna batery.. jadi yang ni
direka untuk guna batery size AA.
nak pegi camping dalam hutan ke.,
pegi negara yang plug pin dia lain ngan kita
kan susah kalau batery charge guna plug.

PowerShot A3100 IS


PowerShot A3000 IS



PowerShot A495


Canon PowerShot A495 and

PowerShot A490

A490 Digital Cameras


Canon IXUS 210
3.5 inch touchscreen





Features

  • 14.1 MP
  • 24mm wide, 5x zoom. Optical IS
  • 8.8 cm (3.5") PureColor II Touch LCD
  • Advanced touch screen
  • Smart Auto, Face Detection. Hints & Tips
  • HD movies. HDMI
  • Smart Shutter
  • Smart Flash Exposure, i-Contrast
  • DIGIC 4 & Servo AF/AE
  • Creative shooting modes
harga:rm 1350 to 1500
paling latest dalam siri ixus


12.1 megapixel Canon IXUS 105

Canon IXUS 105

Canon Digital IXUS 105

Canon Digital IXUS 105 features

• 12.1 Megapixel IXUS with compact metal body in four colour options
• Genuine Canon 28mm wide-angle 4x zoom lens with optical Image Stabilizer
• 6.8cm (2.7”) PureColor LCD II
• Smart Auto with Smart Flash Exposure and Scene Detection Technology for great looking photos in all situations
• Face Detection, FaceSelf-Timer and Auto Red-Eye Correction
• Combats blur with ISO Auto, Motion Detection Technology and IS
• i-Contrast helps retain shadow and highlight detail
• DIGIC 4 processing for ultra-fast response and high image quality
• Range of shooting modes including Low Light
• Smooth, 30fps VGA movies with
Long Play for greater recording times
harga: rm 799

PowerShot S series
series yang ni dah masuk semi pro punya kamera..
dah boleh ambik gambar yang cun melecun kalau
pandai.. setting dia banyak juga tapi mudah guna
tengok gambar dah tau function.

PowerShot SX210 IS


PowerShot SX210 IS – key features:

  • 14x zoom, 28mm wide-angle genuine Canon lens
  • 14.1 Megapixels with compact, metal body in three colour options*
  • Canon 4-stop optical Image Stabilizer with Dynamic IS
  • Wide 7.6cm (3.0") PureColor II G LCD with enhanced strength and visibility
  • HD Movies (720p) with optical zoom, stereo sound and HDMI
  • Easy to use with Smart Auto, Face Detection and on-screen Hints & Tips
  • Smart Flash Exposure and i-Contrast for best results in all situations
  • DIGIC 4 and Servo AF/AE for ultra-fast response and high image quality
  • Manual, Av and Tv modes for full creative control
  • Shooting modes including Smart Shutter, Low Light, Fish-eye and Miniature Effect
harga: rm1900 to 2000
(angaran je. pasal siri yg sebelumnya
harga rm 1800. spec rendah sikit)

yang ni reka bentuk dia cantik sikit, ini paling latest. belum sampai kat malaysia setakat hari hi.

PowerShot G-series

yang ni dah hampir profesional.
size dia dah besar dan berat. susah nak
bawak jalan atau simpan dalam poket.
setting dia pun dah banyak.
pengguna biasa susah nak guna.
tapi kalau tandai guna.. gambar dia cun melecun. bentuk dia pun dah takberapa cantik. harga pun..emmkira antara yang termahal dalam siridigital kamera. dah ada banyakacessories. boleh pasang
external flash, zomm lens.


PowerShot

G10


spec.
Technology
New DIGIC 4 imaging processor powers several new intelligent features –improved Face Detection technology, Continuous AF Servo, Face Detection Self-timer and Intelligent Contrast Correction
14.7 megapixel resolution for rich, low-noise images with outstanding clarity. Allows up to A2 size print
28mm wide-angle capability, ideal for capturing panoramic landscapes and group shots
5x optical zoom with Optical Image Stabilizer eliminates blur from camera shake
Full range of shooting modes (automatic, manual & special scene modes) for the ultimate creative control
Hot shoe enables attachments to Canon’s Speedlite EX series of flashes when requiring advanced lighting techniques to create powerful, breathtaking images

Price: RM 2,068.00


CANON EOS
ni takyah cerita la..
pro punya.. harga dah cecah 5 , 6 ribu
ada sampai belas ribu.. kalu tak ada masuk kelas, takyah la beli kamera ni
buang duit je.. kalau pandai guna..
memang boleh buat duit

yang ni harga body saja tampa zoom lens dan ext. flash paling murah rm 2500., tapi yang siri 50dD ni mahal gila, complete set 6000 lebih laa

EOS 50D
print

EOS 50D


great expectation begins here



Thursday, March 18, 2010

bagaimana lens/kanta dihasilkan bah 3

sambungan..

dibahagian tamake.. .. lens yang di perikasa dan dimasukkan
ke dalam segment, akan diperiksa sekali lagi sebelum dimasukan kedalam mesin coating..
terdapat dua jenis coating yang biasa dilakukan disini..
1. single coating- lens/kanta disalut dgn satu salutan warna saja
biasa lens yang telah disalatut akan bewarna kekuningan di sebut 'amber".
ada juga hanya disalut dengan warna "purple"











kiri-sigle coat lens-purple single coating lens nampak lebih cerah

2. multi coating- lens yang disalut sehingga 6 lapisan warna.
lens jenis ini biasanya untuk kamera yang mahal kerana quality
gambar yang diambil lebih baik.






multi coated lens-warna nya agak redup







New ZEISS Lenses for Canon HDSLRs






proses coating mengambil masa lebih kurang 45 min. payung yg telah
di isi segment yg penuh dgn lens akan dimasukan kedalam chamber
untuk dipanaskan sebelum dipindahkan secara automatik
ke chamber coating hampagas (vacum)










SCHINCRON coating machine






setelah selesai proses coating, lens di dibiarkan sejuk lebih kurang 1/2 jam sebelum diperiksa
keadaan coating nya sebelum di masukan kedalam kotak.
terdapat beberapa defect yang biasa selepas coating.. antaranya
maku yowa_coating tertanggal, maku kake-terdapat bah. tepi lens yg tidak di coating
ryudai- serpihan material coating yg melekat paba lens, keba-habuk yang
di terlekat pada lens semasa coating




pemeriksaan kanta/lens selepas coating

kelihatan operator sedang memeriksa lens
sebelum dikeluarkan dari segment dan
di simpan kedalam kotak






kanta/lens di biarkan sejuk sebelum di periksa




sebenarnya apa yang bagus sangat dengan lens yang telah di coating
dengan single dan multi coting ni.

mari kita lihat bezanya disini








gambar yg dihasilkan oleh single coating lens








gambar yang dihasilkan oleh multi coating lens













single coating lens











multi coating lens









kamera yang guna yang macamni biasanya paling murah pun rm 2000.. tu belum ada
lens lagi tu (zoom)











zoom lens.. camni agaknya lebih kurang rm 800 kot




EOS 50D Kit III EF-S18-200mm f/3.5-5.6 IS









EOS 50D Kit III EF-S18-200mm f/3.5-5.6 IS
recommended Retail Price: RM 6,233.00

camni punya harga ..beli yang murah je lah..











Digital IXUS 105


Digital IXUS 105

NEW!
rcommended Retail Price: RM 799.00


canon autoboy-kenangan sewaktu keje kat sana dulu..
ni brand jepun..sampai sekarang elok lagi..
tapi pasal dia pakai filem.
.kena simpan je la buat kenangan.


canon autoboy jet-ni kamera member dulu. dia beli masa pegi kat jepun
kilang hantar..untung la dia.









Monday, March 15, 2010

bagaimana lens/kanta dihasilkan bah 2

sambung dari cerita yang lepas.. kerja di seksyen coating..
kagoire adalah step pertama setelah terima lens tu dari seksyen
centering.. kena check betul-betul quantiti dia.. kalau main terima
je..masa buat stock iventory nanti tau la ...

step kedua adalah segmenting.. emm kat sini..
lens yang telah di masukan kan kedalam kago dan di cuci
dalam washing mashine akan bergerak melalui conveyor
ke tempat segmeneting.. tempat ni.. operator yang duduk kat situ
akam ambil lens tadi dan pindahkan satu-satu kedalam
segment.. segment ni bekas khas untuk letak lens tu sebelum dihantar
ke mesen coating (penyalut warna)











lens/kanta yang telah di masukkan ke dalam segment.






segmen yang telah di letakkan lens/kanta kemudian di susun kedalam payung (umbrella) sebekum dimasukkan kedalam mesin coating. setiap umbrella boleh memuatkan 6 segment.





sebelum masukan kedalam segment.. kanta/lens tu perlu di
periksa satu persatu jika ada kizu-calar, piri-retak,habuk,
lens kelabu-kesan akibat cucian ultrasonic atau apa-apa defect
(kerosakan) yg boleh nampak la. keje ni dilakukan dalam
tempat gelap dibawah cahaya mentol. sambil tu tengok juga mentori
iaitu nak pastikan mana satu atas, mana satu bawah..
imej mentol yg terhasil pada lens tu nanti akan menunjukan
bahagian mana atas dan bawah. kat sini la kita org belajar kat
kak noor.. orang lama kat sini..






lens/kanta di periksa di bawah lampu dalam tempat gelap sebelum di letakkan kedalam segment. biasanya keje ni operetor perempuan yang buat.




buat keje ni kena pakai mask.. nanti kena yang jenis cakap,
menyembur pulak air liur tu..habis lak lenjun kanta tu.
kena air liur juga di kira defect.. kena cuci balik..
kerap cuci juga boleh menyebabkan defect.

step 3-tamake
lepas dah siap masukkan lens ke dalam segment ,
kemudian dimasukkan ke dalam umbrella, seterusnya
di masukkan kedalam mesin coating. keje ni dibuat
di tempat di panggil tamake.
kat sini operator lelaki yang buat.. sebab umbrella
yang penuh dengan segment dan lens tu berat gila.
malah tempat nak letak umbrella dalam mesin coating tu
di panggil chamber, panas nak mampos. chamber tu je panas..
keje dalam aircond..sejuk., tu yang best keje kat sini..














ni la dia payung/umbrella yand di susun segment kat atasnya,
penuh lens kat situ.. kalau jatuh masa angkat dia ni..emm.
tak tau nak cakap la.. masak la kena bambu.!!
kat sini la tempat saya keje masa tu..
bahagian tamake.

nanti sambung lagi..!!

bagaimana lens/kanta kamera dihasilkan

'kagoire'-step pertama dalam section coating
ini kira kerja yang dilakukan dalam coating seksyen
tempat saya keje tu ..kira dlm flow buat
lens camera tu.. coating seksyen yg last sebelum QA(qualiti assurance)

kira kalau ikut flow dari awl, lebih kurang macam ni ..,ikut yg saya
faham je..kalau salah sori la ek..



















asalnya lens tu dari campuran material se-akan tepung macam ni je.. kemudian di adaun dgn berbagai jenis material lain sebelum di masak dalam furnace (relau) dan tuang dalam acuan sebelum di mampatkan.. proses panas dan mampat ni buat berulang kali.step ni tak di buat kat canon shah alam tu..yang ni buat kat jepun kot..


dari raw material (material yg kasar ) yg baru sampai
perlu dihantar ke:








camni la rupa lens yg belum polish (raw material)









tengok la beza yg dah polish ngan yg belum









ini lens yang dah di cuci dgn ultrasonic washing mashine






1. polishing section.. tempat ni nak bagi kilat lens tu dari rupa kelabu
























camni la mesen polishing tu..ada satu chemical putih macam susu
spray kat lens yg tengah polish tu..

2. inspection section- kat sini saya tak pasti sangat apa dia buat.,
tengok dari gaya macam check ketelusan cahaya..











lens diletakkan pada satu alat (laser beam)..kemudian tengok kat monitor tu
imej hasil ketelusan cahaya dia.. gambar putih bulat kat skrin tu..
tak tau la ok ke tak.. rasanya gambar no 2 tu baru ok..heh heh..

3.centering section- lens yg dah polish tadi dah cantik berkilat tapi size tak betul lagi
kat sini la diorg potong ikiut size dia










lens yg telah di inspec. di letakan pada mesen centering ni untuk di potong mengikut size.

4. coating section.. lens yg dah dicuci , size pun dah betul kena masuk dlm mesin untuk
bagi warna kat lens tu..kenapa nak warna..kena tanya engineer dia la.. tau sesikit
tapi tak reti explain ..










apa macam..!cantik tak..! tu rasa macam nak buat lauk je..
cuba tengok betul-betul ..lens yg pink tu mebiaskan bayang lampu warna hijau, kalau dah ada warna macamtu..makna nya dah di coating. yang lain tu hanya nampak biasan cahaya lampu warna putih., belum coating la tu..

nasib baik la senior (mus) yang ajar saya tu kira baik punya geng..
takde la saya kena buli. org baru kena buat keje senang dulu..
so duduk la saya kat tempat loading lens dalam rak dia panggil "kago"
bahasa jepun "kagoire" entah betul ke tidak eja tu.. kira ada bunyi dah le..
lens di letak dalam kago tu kemudian masuk dlm mesin untuk dibasuh
ultrasonic washing mashine guna chemichal.. pertama kali dapat
pegang lens.. cantik betul lens tu..macam gula-gula je..rasa nak makan..
nak letak lens tu ke dlm kago kena tengok dulu..jgn sampai terbalik..
nanti calar pulak dia..( - kizu -calar-tapi sebut dia kizek) ... ,
sambil tu kena tengok mentori..tengok gambar mentol yg dibiaskan
pada lens tu..kena chek bawah mentol lampu.. keje camni tahleh
bergurau sangat..kang jatuh berterabur lens ni kang 'piri' (retak) plak dia..












(kagoire) lens yang telah disusun kedalam kago, lens dalam keadaan
berminyak perlu di cuci kedalam ultrasonic washing mashine

lepas tu ada tech yang jaga mesen tu kira macam garang sikit la.. (shekri)
rupa dia macam ganas..tapi baik gak.. dia la ajar macamana nak service mesin
tu.. campur pakuro dgn chemical.. setiap tangki tu pun punya chemical yg berlainan..
sebahagian nya kena campur antara chemical tu semua.. sebab muka dia
macam garang kena belajar dgn tekun la..tak berani melawak..
kalau silap campur chemical tu.. atau terlambat cuci mesen tu..
jawapnya jadi lens calar tak pun jadi kelabu.. masa tu..
mampus la tech mesin tu..





















berbagai bentuk lens nak kena buat.. tiap lens ni ada no. pengenalan dia..
saya pun dah tak ingat..kalau tak silap yg tebal tu no. 155
lens yang tebal tu paling tak suka la.. berat nak angkat masuk mesin bila dah masuk segment.
lens yg kecik pulak.. banyak sangat nak kutip satu satu masuk dlm segmen..dan mudah terbalik..
yang ni dah ada warna..dah salut (coating) warna magenta ..rasanya laa.., sapa bleh betulkan..!!?


nanti sambung bab segmenting lak ek..!!