
sunset 1
iso - 80
shutter speed - 1/800
aperture - f6.3

sunset 2
iso - 80
shutter speed - 1/1600
aperture - f6.3

sunset 3
iso - 80
shutter speed - 1/1600
aperture - f6.3
minggu lepas saya berpeluang pergi ke tepi pantai.. kebetulan ada bawa kamera..
nasib baik ada bawa kamera digital.. kamera digital ni sgt penting sebab mudah dibawa..
tak mampu kita nak pikul beg besar bawa DSLR kemana2.
kalau tengok dari gambar di atas kelihatan nya macam gambar sunset la..pemandangan waktu senja. tapi sebenarnya tak.. saya ambil gambar ni waktu pukul 3 petang..matahari sgt panas . hanya dgn bermain dengan shutter speed kita boleh jadi kan gambar tersebut seperti waktu senja. semakin tinggi kelajuan shutter semakin gelap gambar.
selalunya orang menggunakan fungsi shutter speed untuk freze/pegunkan kan benda yang bergerak laju.. seperti gambar berlari , melompat dan sebagainya. untuk mengambil gambar yang bergerak seperti ini kita perlu set kan kelajuan shuuter yang tinggi seperti 1/1600. dalam keadaan biasa mengambil gambar secara auto pada siang hari, biasanya shuter pada kelajuan 1/60.

pegunkan aksi melompat
iso 180
aperture - f4
shutter speed - 1/200
seperti
gambar diatas..adalah lebih baik kalau dapat ditingkatkan lagi kelajuan shutter
untuk dapat gambar yang lebih jelas. disini shuter speed 1/200 digunakan. jika kelajuan shutter di tambah lagi kepada 1/400 gambar akan menjadi agak gelap keran kekurangan cahaya.
jika masih mahu menggunakan juga kelajuan shuter 1/400 iso terpaksa di tambah kepada iso 200. bagi kamera DSLR yang sensor bersaiz besar. tidak ada masalah dgn menaikan iso kepada iso200. bagi kamera compact, iso 200 biasanya akan menjadikan gambar berbintik (noise).
kita juga boleh mengubah saiz aperture untuk membolehkan cahaya dapat masuk dgn lebih
banyak. disini aperture f4 telah digunakan. ia dapat mengatasi masalah kekurangan cahaya dan mengelak gambar menjadi gelap walau dengan menggunakan iso 80. keburukanya ia menyebabkan gambar background agak kabur. untuk gambar latarbelakang yang lebih terang aperture f6 atau lebih sepatutnya digunakan. tetapi sekiranya digunakan, gambar diatas akan menjadi agak gelap pula kerana kekurangan cahaya.
begitu lah antara fungsi iso, shutter speed dan aperture. bijak memilih setting, akan dapat gambar yang lebih menarik.
ini pula gambar di ambil dgn menggunakan skelajuan shutter yang rendah untuk menjadikan
air terjun kelihatan bersambung bagaikan kapas.

iso 80
shutter speed - 1/10 ( slow shutter)
aperture - 3.3
kelajuan shutter yang rendah telah digunakan untuk menganbil gambar diatas. kelajuan shuter yang rendah dapat menjadikan gambar seperti air mengalir sgt cantik. tetapi penggunaan shutter rendah juga bermakna cahaya yang berlebihan akan masuk dan gambar akan menjadi terlalu cerah atau over expose. untuk menggunakan shutter rendah seperti ini, pastikan keadaan agak gelap di kawasan itu. dalam kanteks gambar diatas, susana di kawasan jeram agak gelap kerana diliputi hutan. ini membolehkan kita menggunakan kelajuan shutter rendah.

light trail
iso -80
aperture- f6
shutter speed- 15 second (very slow shutter)
gambar lampu kenderaan di atas telah di ambil dengan meletakkan kelajuan shutter serendah sehingga 15 saat. waktu malam yang gelap membolehkan kita menggunakan shutter yang tersangat perlahan seperti itu. untuk mendapatkan gambar light trail sebegini, ia memerlukan kita meletakkan kamera di atas tripod. sedikit saja gegaran akan menyebabkan gambar akan rosak.