Monday, May 23, 2011

Power Shoot G12


E-Book Canon Powershoot G12

akhirnya dapat juga download Tutorial guna Canon
Powershoot G12 ni..

Isi Kandungan
pengenalan



teknik ambik gambar






klik untuk download
download link

Sunday, May 22, 2011

Operator Pengeluaran Kilang Canon 2011



Kira lama juga dah tak tengok Iklan tawaran kerja Canon ni
kat paper..Kali ni boleh ada pulak..tentu memang pekerja
diperlukan sangat tu..



Harian Metro 21 mei 2011 ada iklan jawatan kosong kat
company ni.. Lepasan PMR/SPM atau U yang nak cari pengalaman
rasanya memang patut rebut peluang ni..kerja dengan company
jepun ni memang mencabar..sebab budaya kerja dia lain..
dan Bos jepun ni biasanya Mesra Alam..mesti tak de nak bergaduh
dengan diorang punya..kalau nak gaduh pun sesama melayu la
kat dalam tu..haha..


sekadar hiasan-uniform percuma yang menarik

syarat permohonan ikut dalam iklan tu..

- umur 18 - 35 thn
- kelulusan SRP/SPM/PMR/
- Bawa Kad Pengenalan/My Kad dan Sijil asal
- boleh kerja shift
- asrama penginapan dan bas disediakan kepada
pemohon yang berjaya

waktu temuduga

- 8 pagi hingga 8 malam
- Isini hingga Ahad


Tell:
03-51958258 - cik markizah
03-51958212 - cik suhaila

Alamat
CANON OPTO (MALAYSIA) SDN BHD.
Jalan Selisik Seksyen 26,
40400 Shah Alam.


tempat kerja bersih dan berhawa dingin

kalau prestasi memberangsangkan, boleh diserap kejawatan tetap..
ada can pegi jepun ooo....


pemadangan stesen keretapi jepun..and aweks nya skali

kalau rasa nak melihat keindahan Lens datang laa..

Friday, May 6, 2011

Lens Tamron baru

Tamron 18-270mm Di II VC PZD


60th Anniversary Edition Tamron 18-270mm F/3.5-6.3 Di II VC PZD Zoom Lens


ramai pro punya fotografer tertunggu2 lens ni. lens ni kira yang terhebat
keluaran tamron. kalu ikutkan lens ni sepatutnya keluar tahun 2010.
sampai sekarang baru la nak keluar untuk performance test.

benda yang kira baru pada lens tamron ni macam
VC PZD

# VC = (Vibration Compensation) optical image stabilization. kalau kat canon dia panggil IS (image stabilizer) kalau kat nikon dia panggil VR (vibration reduction) fungsi dia sama je, menyerap gegaran pada lens.

# PZD = (Piezo Drive). bunyi dia hebat. tapi sebenarnya ultrasonic motor (ultrasonic auto focus motor) yang pasang pada lens untuk fokus yang lebih laju dan senyap.(motor senyap ni memang bagus untuk ambik gambar video) lens Canon, Nikon, Sony pun ada.

tapi lens ni sesuai unuk crop body je (APS-C sensor). yang bestnya, lens ni hanya untuk kamera
Canon, Nikon dan Sony sahaja. Imej kualitinya pulak dikatakan lebih hebat dari lens
tamron yangsebelumnya. lens ni berkemampuan ambil gambar makro/close up (Maximum magnification ratio 1:3.8)

Lens tamron sekarang menjadi perhatian kerana kuliti lens nya semakin hebat disamping harganya yang murah. kemampuan lens tamron kini boleh menandingi lens original yang lebih mahal. Lens Sigma kurang diberi perhatian kerana walaupun kebanyakanya mempunyai kuliti yang lebih baik menyamai brand original tetapi harganya nya pun dah dekat sama lens original.

contoh imej kuality lens tamron ni

Harga:RM 2180 (Shashinki)
Harga:RM 2,000 Warranty 2 years. (Lowyat)



18-270 VC PZD with VC on














Monday, May 2, 2011

fakta menarik

dalam proses beli lens kamera DSLR..kena juga bertanya..kalau silap beli
rugi besar.. ada tips skit kat bawah..

Canon
semua kamera Canon body takde built in motor. tapi semua lens dia ada motor.
jadi boleh beli mana mana pun boleh pakai..cuma perhatikan sikit
ada yang sesuai untuk body jenis crop factor dan full frame.

Sony
semua kamera sony ada motor. jadi tak kesah nak beli lens sony yang mana pun.
lens sony pula kebanyakanya takde motor, ade sikit yang ada ultrasonik motor
untuk menambahkan kepantasan fokus, lagi bagus. sama juga macam canon,
cuma perhatikan sikit ada yang sesuai untuk body jenis crop factor dan full frame.

Nikon
Nikon punya kamera ada yang takde motor ada yang ada built in motor.
so..problem sikit nak pilih lens. yang ada built in motor tu tak kisah. yang takde motor ni
kena beli lens yang ada motor. lens dia pulak ada yang ada motor, ada pulak yang takde.
haha..lagi problem.. sambil tu kena perhatikan juga ada yang sesuai untuk body jenis crop factor dan full frame.

kalau terbeli lens yang takde motor, kamera pulak takde motor juga..macamana..?
boleh juga guna..cuma tak boleh autofokus je..kena pulas la lens tu dgn tangan ...haha.

Pilihan Lens untuk Sony

Kamera sony agak popular juga sekarang. rasanya ramai juga yang
ada masalah pilih lens untuk sony. kalau Canon dan Nikon tu, pilihan
dia berlambak sampai kelabu asap mata nak memilih. org pun ramai guna
2 brand ni dan mudah nak tanya.

portrait lens untuk sony/prime lens
lens ni sesuai la untuk ambik gambar kawin

1. SAL-50F18 DT 50mm f/1.8 SAM (cropped-frame body sahaja)
ini yang paling murah untuk sony. lens ni kira cemerlang juga
kalau tengok f stop(aperture) dia f1.8 menunjukan background
dia memang cantik. lens ni pun bagus dalam cahaya suram.

harga RM530

2. SAL50F14 50mm f/1.4 (cropped-frame body sahaja)
yang ni hampir sama dgn yang kat atas tu. tapi f/1.4 dia
tu menunjukan gambar dia lebih hebat. harga pun ammmaahhh..

harga RM1100

3. SAL85F14Z 85mm f/1.4 ( full-frame and cropped bodies)
yang ni dah masuk carlzeis lens. dah kira pro punya level. gambar dia
tak leh celen la.. harga dia..ammaaaahhh... ammmaahhh

harga Sony SAL85F14Z = RM4850

Telephoto/ZOOM lens
lens ni biasa guna untuk ambil gambar yg jauh macam binatang, burung,gambar sukan dsb. gambar potrait pun sesuai, tapi ambik gambar pengantin kurang sesuai la.. boleh la juga..

1. SAL-55200-2 DT 55-200mm f/4-5.6 SAM (cropped-frame body sahaja)
walau pun dia tulis 55-200mm tapi dia bersamaan 300mm. dia guna motor jenis
SAM. motor fokus dia tak lah pantas sangat. boleh la..

harga RM680

2. SAL75300 75-300mm f/4.5-5.6 ( full-frame and cropped bodies)
yang ni boleh zoom lebih jauh. tapi kelemahan dia takde autofokus motor.
so..fokus dia lambat la..

harga RM780

3. SAL70300G 70-300mm f/4.5-5.6 G SSM ( full-frame and cropped bodies)
yang ni dah kira pro level juga. fokus dia bersamaan 450mm. guna motor SSM.
fokus dia cepat dan senyap, quality gambar memang hebat.

harga Sony SAL70300G = RM2550

4. SAL70200G 70-200mm f/2.8 G SSM ( full-frame and cropped bodies)
yang ni jarak fokus dia kurang sikit dari yang atas tu. tapi harga mahal gila.
ini disebabkan f/2.8 tu menunjukan kuality gambar dia lebih baik, terutama
untuk dapat blur background. sesuai untuk gambar potrait.
lens ni besar gedabak dan berat.

harga Sony SAL70200G = RM5550

Sony Alpha Macro lens
nak ambik gambar benda kecik boleh guna lens ni..sesuai untuk gambar lalat, bunga kecil

1. SAL30M28 DT 30mm f/2.8 SAM Macro (cropped-frame body sahaja)
max 1:1. menggunakan motor SAM.

harga...

2. SAL50M28 50mm f/2.8 macro ( full-frame and cropped bodies)
max 1:1. takde autofokus motor.

harga Sony SAL50M28 = RM1450

3. SAL100M28 100mm f/2.8 macro ( full-frame and cropped bodies)
max 1:1. takde autofokus motor. zoom jauh boleh la ambil gambar serangga dari jauh.
takde la serangga lari.

harga Sony SAL100M28 = RM2300

4.Tamron SP AF90mm F/2.8 Di 1:1 Macro = RM1470
lens ni biasa digunakan oleh pengguna sony. walau dia dari third party lens,
tapi kuality gambar dia hebat juga.

wide-angle lens
sesuai untuk ambik gambar pemandangan lanskap dan gambar kenangan
yang orang berbaris ramai tu..

1. SAL1118 DT 11-18mm f/4.5-5.6 (cropped-frame body sahaja)
ini kira ultra-wide angle lens, ambil gambar ramai2 memang sesuai ni. mesti
boleh nampak semua org beratur panjang tu.

harga Sony SAL1118 = RM2000

2. SAL16F28 16mm f/2.8 ( full-frame and cropped bodies)
ultra-wide zoom. ini kira dah macam prime lens (f/2.8).

harga Sony SAL16F28 = RM2550

3. SAL1635Z 16-35mm f/2.8 SSM ( full-frame and cropped bodies)
high quality ultra-wide zoom. ini pro punya la..ada motor SSM
di tambah dgn carlzeis lens..

harga RM 5,600.00

lens serbaguna/general-purpose
kalau malas nak tukar lens. ambik je yang ni. satu lens sesuai untuk
semua keadaan gambar. zoom boleh, potrait boleh, wide angle pun boleh

1. SAL18250 DT 18-250mm f/3.5-6.3 (cropped-frame body sahaja)

harga RM1600

2. SAL16105 DT 16-105mm f/3.5-5.6 (cropped-frame body sahaja)

harga Sony SAL16105 = RM1650

3. SAL1680Z DT 16-80mm f/3.5-4.5
carlzeis lens, zoom dia pendek sikit..tapi gambar dia..meletup

harga = RM2300

4. Tamron AF70-300mm F/4-5.6 Di LD Macro = RM670
lens tamron ni bagus. sesuai untuk sukan, binatang liar, gambar potrait
dan makro. tapi makro dia 1:2 je..kira ok la..

nota:
sony full-frame (FF) camera ialah models Alpha A850 and A900

sony cropped-frame (APS-C) camera bodies ialah A230, A330, A380, A450, A500, A550,A700, SLT A33, SLT A55