Kamera sony agak popular juga sekarang. rasanya ramai juga yang
ada masalah pilih lens untuk sony. kalau Canon dan Nikon tu, pilihan
dia berlambak sampai kelabu asap mata nak memilih. org pun ramai guna
2 brand ni dan mudah nak tanya.
portrait lens untuk sony/prime lens
lens ni sesuai la untuk ambik gambar kawin
1. SAL-50F18 DT 50mm f/1.8 SAM (cropped-frame body sahaja)
ini yang paling murah untuk sony. lens ni kira cemerlang juga
kalau tengok f stop(aperture) dia f1.8 menunjukan background
dia memang cantik. lens ni pun bagus dalam cahaya suram.
harga RM530
2. SAL50F14 50mm f/1.4 (cropped-frame body sahaja)
yang ni hampir sama dgn yang kat atas tu. tapi f/1.4 dia
tu menunjukan gambar dia lebih hebat. harga pun ammmaahhh..
harga RM1100
3. SAL85F14Z 85mm f/1.4 ( full-frame and cropped bodies)
yang ni dah masuk carlzeis lens. dah kira pro punya level. gambar dia
tak leh celen la.. harga dia..ammaaaahhh... ammmaahhh
harga Sony SAL85F14Z = RM4850
Telephoto/ZOOM lens
lens ni biasa guna untuk ambil gambar yg jauh macam binatang, burung,gambar sukan dsb. gambar potrait pun sesuai, tapi ambik gambar pengantin kurang sesuai la.. boleh la juga..
1. SAL-55200-2 DT 55-200mm f/4-5.6 SAM (cropped-frame body sahaja)
walau pun dia tulis 55-200mm tapi dia bersamaan 300mm. dia guna motor jenis
SAM. motor fokus dia tak lah pantas sangat. boleh la..
harga RM680
2. SAL75300 75-300mm f/4.5-5.6 ( full-frame and cropped bodies)
yang ni boleh zoom lebih jauh. tapi kelemahan dia takde autofokus motor.
so..fokus dia lambat la..
harga RM780
3. SAL70300G 70-300mm f/4.5-5.6 G SSM ( full-frame and cropped bodies)
yang ni dah kira pro level juga. fokus dia bersamaan 450mm. guna motor SSM.
fokus dia cepat dan senyap, quality gambar memang hebat.
harga Sony SAL70300G = RM2550
4. SAL70200G 70-200mm f/2.8 G SSM ( full-frame and cropped bodies)
yang ni jarak fokus dia kurang sikit dari yang atas tu. tapi harga mahal gila.
ini disebabkan f/2.8 tu menunjukan kuality gambar dia lebih baik, terutama
untuk dapat blur background. sesuai untuk gambar potrait.
lens ni besar gedabak dan berat.
harga Sony SAL70200G = RM5550
Sony Alpha Macro lens
nak ambik gambar benda kecik boleh guna lens ni..sesuai untuk gambar lalat, bunga kecil
1. SAL30M28 DT 30mm f/2.8 SAM Macro (cropped-frame body sahaja)
max 1:1. menggunakan motor SAM.
harga...
2. SAL50M28 50mm f/2.8 macro ( full-frame and cropped bodies)
max 1:1. takde autofokus motor.
harga Sony SAL50M28 = RM1450
3. SAL100M28 100mm f/2.8 macro ( full-frame and cropped bodies)
max 1:1. takde autofokus motor. zoom jauh boleh la ambil gambar serangga dari jauh.
takde la serangga lari.
harga Sony SAL100M28 = RM2300
4.Tamron SP AF90mm F/2.8 Di 1:1 Macro = RM1470
lens ni biasa digunakan oleh pengguna sony. walau dia dari third party lens,
tapi kuality gambar dia hebat juga.
wide-angle lens
sesuai untuk ambik gambar pemandangan lanskap dan gambar kenangan
yang orang berbaris ramai tu..
1. SAL1118 DT 11-18mm f/4.5-5.6 (cropped-frame body sahaja)
ini kira ultra-wide angle lens, ambil gambar ramai2 memang sesuai ni. mesti
boleh nampak semua org beratur panjang tu.
harga Sony SAL1118 = RM2000
2. SAL16F28 16mm f/2.8 ( full-frame and cropped bodies)
ultra-wide zoom. ini kira dah macam prime lens (f/2.8).
harga Sony SAL16F28 = RM2550
3. SAL1635Z 16-35mm f/2.8 SSM ( full-frame and cropped bodies)
high quality ultra-wide zoom. ini pro punya la..ada motor SSM
di tambah dgn carlzeis lens..
harga RM 5,600.00
lens serbaguna/general-purpose
kalau malas nak tukar lens. ambik je yang ni. satu lens sesuai untuk
semua keadaan gambar. zoom boleh, potrait boleh, wide angle pun boleh
1. SAL18250 DT 18-250mm f/3.5-6.3 (cropped-frame body sahaja)
harga RM1600
2. SAL16105 DT 16-105mm f/3.5-5.6 (cropped-frame body sahaja)
harga Sony SAL16105 = RM1650
3. SAL1680Z DT 16-80mm f/3.5-4.5
carlzeis lens, zoom dia pendek sikit..tapi gambar dia..meletup
harga = RM2300
4. Tamron AF70-300mm F/4-5.6 Di LD Macro = RM670
lens tamron ni bagus. sesuai untuk sukan, binatang liar, gambar potrait
dan makro. tapi makro dia 1:2 je..kira ok la..
nota:
sony full-frame (FF) camera ialah models Alpha A850 and A900
sony cropped-frame (APS-C) camera bodies ialah A230, A330, A380, A450, A500, A550,A700, SLT A33, SLT A55
bro.harga lens kat atas ni mmg kira murah ke r bole nego lagi ?
ReplyDeleteini kira dah murah , tapi kalau pandai cakap putar alam boleh dapat murah lagi..kedai ada banyak. setiap kedai biasanya tokeh besar dia satu je.. tiap kedai tu pulak akan jual ada barang yang murah dari kedai lain dan ada barang mahal lagi dari kedai lain. semua kedai pun buat macamtu.. so kena rajin merayau dan banyak menawar..
ReplyDeletesalam
ReplyDeletebro.. mana eyh dpt harga2 lens nie??
tmpat??
tq bro..
nice info.
kat lowyat dan digital mall bro..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteboleh tanya, tau tak kat mana nak cari second hand lens 50mm 1.8 untuk camera sony a58?
ReplyDelete