Monday, May 2, 2011

fakta menarik

dalam proses beli lens kamera DSLR..kena juga bertanya..kalau silap beli
rugi besar.. ada tips skit kat bawah..

Canon
semua kamera Canon body takde built in motor. tapi semua lens dia ada motor.
jadi boleh beli mana mana pun boleh pakai..cuma perhatikan sikit
ada yang sesuai untuk body jenis crop factor dan full frame.

Sony
semua kamera sony ada motor. jadi tak kesah nak beli lens sony yang mana pun.
lens sony pula kebanyakanya takde motor, ade sikit yang ada ultrasonik motor
untuk menambahkan kepantasan fokus, lagi bagus. sama juga macam canon,
cuma perhatikan sikit ada yang sesuai untuk body jenis crop factor dan full frame.

Nikon
Nikon punya kamera ada yang takde motor ada yang ada built in motor.
so..problem sikit nak pilih lens. yang ada built in motor tu tak kisah. yang takde motor ni
kena beli lens yang ada motor. lens dia pulak ada yang ada motor, ada pulak yang takde.
haha..lagi problem.. sambil tu kena perhatikan juga ada yang sesuai untuk body jenis crop factor dan full frame.

kalau terbeli lens yang takde motor, kamera pulak takde motor juga..macamana..?
boleh juga guna..cuma tak boleh autofokus je..kena pulas la lens tu dgn tangan ...haha.

4 comments:

  1. Nak tanya sikit, adakah lens Canon EF-S 55-250mm f/4-5.6 IS ni ada motor. Sesuaikah lens ini untuk kamera Eos 450D?

    ReplyDelete
  2. lens canon semua ada motor,lens yg ni sesauai utk crop body sahaja.sesuai utk Eos 450D dan semua yg jenis crop body.

    ReplyDelete
  3. Sekarang ni nikon dah mula keluarkan lens yg ada motor(tiru canon le tu) Masalahnya lens yg built-in moto tu jika dipakai pada model yg ada moto seperti d90 dan d300s fokusnya menjadi lembab.

    ReplyDelete
  4. itu la problem nya pada nikon ni.. nak beli kamera Nikon kena study sikit.. ada body ada motor, ada body takde motor, ada lens ada motor, ada lens takde motor..

    ReplyDelete