Saturday, April 3, 2010

SISTEM 5S JEPUN

5S-Amalan Etika Kerja Orang Jepun

Kalau kita tengok org jepun ni..dia punya bahasa atau perkataan yang
digunakan untuk sesuatu takde la hebat sangat.. maksudnya perkataan tu
perkataan biasa je.. contohnya 5S ni..bahasa biasa je.. tapi yang jadikan
5S ni hebat..pasal diorang buat betul betul apa yang dicakapkan..

bukan macam malaysia..slogan hebat.. gemilang terbilang la.. malaysia boleh la..
tapi hampeh suma sekali.. bahasa yang indah tu setakat untuk buat ucapan
menipu rakyat je..bukan untuk di amalkan..

kemudian ada juga malaysia cuba terapkan sistem 5s ni pada kakitangan
nya.. tak payah la.. orang malaysia ni..bagi la slogan apa pun..
sama juga dia.. tetap makan rasuah gak..menipu, menyamun gak..
apa hebat sangat dengan 5S tu dibandingkan dengan Al quran dan sunah
yang sama gak ..kita tak pakai pun..slogan je Islam Hadari..hehe

tapi untuk mengetahui apa dia sistem 5S yang jepun amalkan
yang menampakkan kehebatan diorang tu..

kat bawah ni..


5S SYSTEM

1.Seiri-部屋の中のゴミとは無関係の職場で材料投
heya no naka no gomi to wa mukankei no shokuba de zairyō tō

Kerapian - Membuang semua sampah dan bahan-bahan yang tidak berkaitan di tempat kerja

Tidiness - Throw away all rubbish and unrelated materials in the workplace


2. Seiton-迅速な検索とストレージのための適切な場所に設定するすべての
jinsoku na kensaku to sutorēji no tame no tekisetsu na basho ni settei suru subete no

Ketertiban - Letak segala sesuatu di tempat yang mudah diambil dan disimpan

Orderliness - Set everything in proper place for quick retrieval and storage


3. Seiso - クリーンな職場では誰でも用務員する必要があります
kurīn na shokuba de wa dare demo yōmuin suru hitsuyō ga ari masu

Kebersihan - Bersihkan tempat kerja; setiap orang harus menjadi seorang petugas kebersihan

Cleanliness - Clean the workplace; everyone should be a janitor


4. Seiketsu - 清潔さを維持するのを標準化する方法
seiketsu sa wo iji suru no wo hyōjun ka suru hōhō

Pemiawaian - Standardkan cara menjaga kebersihan

Standardization- Standardize the way of maintaining cleanliness


5. Shitsuke - 練習'5 S'を毎日 - 人生のその方法を、これまた'約束'を意味します
renshū '5 S'wo mainichi - jinsei no sono hōhō wo , kore mata 'yakusoku 'wo imi shi masu

Disiplin - Amalan 'Lima S' setiap hari - menjadikannya sebuah cara hidup; ia juga bererti 'komitmen'

Discipline- Practice 'Five S' daily - make it a way of life; this also means 'commitment'


yang atas tu translation dia je. kalau nak faham bahasa melayunya
5S tu sebenarnya macam ni..


1. Seiri (Sisih)
· Kenalpasti dan mengasingkan barang yang tidak perlu untuk pelupusan dan merekod (jika perlu).
· Melakukan aktiviti sisih secara berterusan mengikut keperluan.

2. Seiton (Susun)
· Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas supaya mudah diambil dan disimpan semula.
· Tempat simpanan boleh diambil oleh semua kakitangan di tempat yang mudah dilihat dan dikesan.
· Barang atau dokumen yang kerap digunakan diletak dekat/berhampiran dengan tempat yang mudah dicapai.
· Semua barang dan tempatnya mesti ditunjuk dengan label yang jelas.
· Gunakan warna label bagi mendapatkan keceriaan.

3. Seiso (Sapu)
· Bentuk tugas pencucian dan mengemas mengikut kumpulan.
· Amalkan Seiso 5-10 minit setiap hari.
· Patuhi jadual mencuci dan memeriksa peralatan dan keselamatan bagi menwujudkan tempat kerja yang selesa dan selamat.
· Mempamerkan peta kawasan pembersihan dan tugasan.
· Menggabungkan aktiviti sapu,kilatkan, semak dan betulkan.
· Buat dengan kerjasama semua kakitangan.
· Galakkan kawan sekerja memberi idea kreatif untuk penambahbaikan tempat kerja yang produktif.
· Anjurkan gotong royong 2 kali setahun.

4. Seiketsu (Seragam)
· Bila mengulangi tiga konsep di atas iaitu Sisih-Susun-Sapu,tempat kerja akan menjadi bersih dan tersusun.
· Melihat kepada perkara-perkara yang tidak normal atau ''abnormality".
· Peraturan yang boleh dipatuhi oleh semua kakitangan diwujudkan.

5. Shitsuke (Sentiasa Amal)

· Mematuhi setiap peraturan, standard, peringatan yang diwujudkan.
· Latihan dan perkongsian berterusan.
· Wujudkan semangat berpasukan.


2 comments: