Saturday, January 1, 2011

Kamera apa yang sesuai

Memang susah nak pilih kamera yang sesuai dengan kita..
yang pro pun pening nak pilih kamera , apa tah lagi
yang entry level/beginner ni/baru nak blajar .. mesti terpikir
dalam kepala tu, kamera apa paling best.

hajat di hati tu nak kemera yang paling berkulaiti
berbanding duit yang keluar, dan yang tak malu
bawa ke hulu kehilir la..(kes nak tayang)

memang tak dapat lari..kalau sebut kamera je..
Jenama yang muncul dalam kepala mesti
Canon, Nikon, Sony, Olympus.
brand macam pentax, fuji, panasonic tu kurang
dikenali bagi kebanyakan orang biasa.

yang hebat bersaing dalam pasaran arus perdana
tu biasanya Canon dan Nikon. kalau ada perbandingan
pun biasanya dua brand ni la. Brand lain bukan tak bagus
cuma tak berapa popular.

kat sini ada sikit tip pilih kamera..tapi bukan la
perfect sangat..kira lebih kurang je.. kalau silap tu mintak
maaf banyak-banyak la.

perkara yang perlu tengok masa nak beli kamera tu..
tengok kawan2 sekeliling pakai kamera apa..
sebab nak guna kamera ni kena team work juga..
kena banyak tanya, boleh try accesori member yang dah ada
tu.. kalau sama brand.senang la nak belajar pada yg senior.
tapi kalau memang dah terpikat pada satu jenama tu.
hantam sajalah.. belanja kena besar sikit.. belajar pun susah..

jangan fikir brand macam olympus , sony, panasonic,
fuji tu tak bagus.. dia cuma kurang promosi je..
dalam sesuatu hal.. brand ni lebih baik dari canon dan nikon
yang glamer tu.. tapi sebab tak ramai orang pakai..
jadi susah nak belajar dan nak cari accesori.

kemudian tengok budget la..berapa ada dlm poket.
kalau rasa nak pakai kamera tu je sampai hancur..
elok pakai Nikon..sebab accesori dia terutama lens
boleh pakai dari zaman dulu mungkin sampai 50 thn
akan datang. harga brand ni mahal sikit. tapi boleh pakai
lama. masa beli tengok sikit body dia ada motor ke tidak.
D40 dan D60 contohnya takde motor built in.
ada motor built in punya mahal sikit macam D90
keatas. lens dia nanti takyah la beli yang ada motor.
murah sikit. kalau beli body yg takde motor,
lens kena beli yang ada motor..mahal la..
nak pakai lens tak de motor pun boleh..
letih sikit la nak fokus manual.

kalau jenis rajin tukar kamera dan nak latest teknologi..
pakai la Canon. teknologi sentiasa terkehadapan.
harga pun murah sikit..(murah pun ribu riban gak)
Canon ni rajin buat produk baru, accesori pun latest..
tapi accesori dia selalu diubah2, kalau ada kamera yang 10 thn lepas
hari ni punya accesori rasanya tak leh masuk.nak kena beli baru juga.
Canon punya teknologi senang guna.. Full autofokus
lens dia pantas. mudah nak ambil gambar bergerak.
accesori 3rd party pun banyak boleh masuk.
Nikon punya lens pun boleh masuk Canon
punya body (beli adaptor)..
canon punya body rasanya semua takde motor.
sebab semua lens dia ada motor.

dari segi kuality gambar. rasanya Nikon punya
lens lebih tajam/sharp dan cantik..
nasib baik lens nikon boleh guna kat body Canon..
Yang bagi gambar cantik ni bukan nya body
kamera. tapi lens dia.. banyak pengguna kata nikon lagi baik
kuality gambar dia. Guna lens mahal kat body murah pun,
gambar masih cantik.. cuma body murah takde
feature (ciri2) latest la. so lens mahal tu tak leh guna
secara optimum. nak cantik lagi guna lens leica.

orang selalu guna 3rd party accesori kat kamera dia.
pasal harga murah sikit tapi kuality hampir sama yang ori.
biasanya lens sigma dan tamron.
nak beli lens Nikon dan Canon yang baik punya..mahal nak
mampus..

Canon MP-E 65mm 1-5x Macro Lens
Canon MP-E 65mm 1-5x Macro Lens Review
nak ambil gambar benda kecil macam lalat kena guna
lens makro
harga: RM 3750..

Canon EF 100mm f/2.8 USM.
Canon EF 100mm f/2.8 USM Macro Auto Focus Lens (Canon Malaysia)

the best macro lens Canon EOS 550D
rm 2185
sample gambar shoot dgn lens ni



The best portrait lenses for Canon EOS 550D
Canon EF 50mm f/1.4 and Canon EF 85mm f/1.8.

The best telephoto lens
Canon EF 70-200mm f/2.8 IS USM


Nikon's AF Micro-Nikkor 105mm f/2.8D

105f28microShutterbladA.jpg
best micro lens
Winner of the prestigious TIPA award
RM2302
sample gambar

kalau dah beli kamera yang mahal dan accesori mahal tu..tapi
gambar tak cantik juga. bukan salah kamera..
tuan punya kamera tu tak bagus.. kalau tuan punya kamera
tu bagus..bagi kamera apa pun bagus..
nak ambik gambar cantik ni bukan mudah.. ibarat kata
otai tu..gambar yang kita ambil dari mula beli kamera
sampai sepuluh ribu keping. semua nya standard gambar sampah.
itu falsafah je le..cemana susahnya nak jadi pro
dalam fotographi.. bukan setakat susah..
duit pun habis banyak .. kalau pakai apa yang ada
kat kamera masa beli tu je.. susah la skit nak
dapat gambar ada nilai komersil,
macam yang dia orang tayang dalam flicker
tu.

telephoto zoom Canon EF-S 55-250mm f/4-5.6 IS Lens
Canon EF-S 55-250mm f/4-5.6 IS Lens Review

nak ambil gambar yang jauh guna lens telephoto
harga Rm 1000


Canon EF-S 55-250mm f/4-5.6 IS Lens Compared to Similar Telephoto Zoom Lenses

berbagai pilihan telephoto zoom lens

penggunaan lens

1. wide lens ni untuk ambil gambar lansdkap
2. normal standard lens untuk ambil gambar potrait
3. telephoto untuk shoot gambar jauh seperti binatang buas , burung

berbagai jenis lens nak guna untuk kamera DSLR ni.
nak ambil gambar ni kena guna lens ni. nak ambil gambar
tu kena guna lens lain pulak. nak ambil gambar macam, tu kena
guna filter ni.. nak ambil gambar yg macam ni pula
kena guna filter macam ni. flash yg begitu dan begini..
ohh....tidak..!!.. setakat rm 10,000 tu kira.. biasa je..


Flash penting dalam fotographi ni
Canon speedlite 430exII
RM1320




HOYA UV n HMC Filter 62mm

RM:90
pasang filter pada lens

kalau nak ikut keutamaan beli kamera ni..

1. beli la kamera dengan kit lens standard dia tu dulu, lepas tu baru pikir
nak beli barang lain pulak
2. beli flash(Speedlite) ( yg pop up flash tu..tak berapa berguna sangat)
3. beli lens ..lens ni ada yg lebih mahal pada body kamera.. lens ni
pulak kena ada filter-setidak2nya untuk protect
lens tu dari habuk. filter ni pun harga main ratus gak nih..
4. lupa pulak.. kena tau tujuan juga nak beli kamera tu.. nak beli kamera
untuk ambil gambar apa.. kalau untuk buka kedai gambar, ambil
gambar org kahwin, gambar dalam studio orang ramai guna
Nikon. nikon ni lebih kepada pengguna yang suka
ambil gambar secara manual. ada masa nak posing,
belek kamera, setting sana sini. baring-baring atas rumput cari angle.

Kalau nak ambil gambar acara/event, sukan, atau gambar
spontan. gambar yang kita tak sempat nak setting kamera.. contoh
gambar burung sedang sambar ikan. bila masa nak setting. habis setting je
ikan pun dah selesai dalam perut. Biasa orang guna Canon.
tak payah belek sangat. Canon cemerlang untuk gambar jenis macamtu.

Nak beli kamera pasal hobi je ke.. mati la ...
sebab apa bila kita dah start beli DSLR.. kita
memang kena beli pulak benda yang diatas tadi termasuk
benda yang nak sebut kat bawah ni pulak.

accesori tambahan.
tripod , bateri tambahan (bateri grip), kamera bag, filter

Benro A057 Tripod

Benro Tripod A057
RM285


camera bag
Canon Camera Bag
RM 150

Entry Level/beginner

Canon EOS 500D, Canon EOS 550D

Nikon D3000 , Nikon D5000

Olympus E-420

Intermediate Level

Canon EOS 50D atau Canon EOS 7D

Nikon D90 dan Nikon D300s

Olympus E-30

Profesional Level

Canon EOS 1D
Nikon D3X
Olympus E-5

tapi ni semua tips je..yang paling penting kena
ada knowledge dulu. kalau dah terminat sangat dengan
sesuatu brand tu. beli je la.. semua brand pun bagus..
janji tuan punya kamera tu bagus.. tapi kalau
tak ade pengalaman dengan DSLR ni lebih baik
beli Compact/digicam je lah..

jangan ingat kamera kecik ni gambar tak bagus.
Cuba tengok canon G12. itu dah standard advance juga
tu..advance beginner.. setting sama macam DSLR..
cuma tak yah beli semua accesori kat atas tu je.
panasonic lumix LX5 digicam pun advance juga..
Panosonic guna lens leica..kira lens terbaik juga
dibanding lens nikon dan canon.

3 comments:

  1. best..best...info berguna.. cume nk tahu speedlite tu mane yg terbaik utk beginner mcm sy..

    ReplyDelete
  2. kalau beli package memang dah ada speedlight.
    canon biasa dia kasi Nissin Di622(rm 5xx) atau Canon Speedlite 580EX II (rm 15xx - 2xxx) atau Canon Speedlite 430EX II(rm 1xxx)

    untuk Nikon Speedlight SB-600(rm 8xx) atau Nissin Di622 (rm 5xx) Speedlite. itu pun dah bagus..

    nak murah pakai Nissin Di622 je. dah hampir setaraf dgn nikon SB-600 atau canon 430EXII.
    tapi mestilah la ada kureng sikit benda murah ni.

    Nissin Di866 (rm 9xx)lagi upgrade standard Canon Speedlite 580EX II atau nikon SB-900. dia punya Wireless pun compatible dgn canon.

    tengok chart ni.

    Di866 Pro for Canon EOS

    * 1D Mark IV / 1D Mark III / 1D Mark II N / 1D Mark II
    * 5D Mark II / 7D 1) / 5D
    * 60D / 50D / 40D / 30D / 20D / 10D
    * 550D(Rebel T2i) / 500D(Rebel T1i) / 450D(Rebel XSi) / 400D(Rebel XTi) / 350D(Rebel XT) / 300D(Rebel X)
    * 1000D(Rebel XS)

    Di866 Pro for Nikon

    * D3X / D3s / D3 / D2Xs
    * D700 /D300s / D300 / D200 / D90 / D80 / D70s / D70
    * D7000 / D3100 / 3000 / D5000 / D60 / D50 / D40X / D40
    * Fuji FINEPIX S5 Pro

    Di622 MARK II for Canon EOS

    * 1D Mark IV / 1D Mark III / 1D Mark II N / 1D Mark II
    * 5D Mark II / 7D / 5D
    * 60D / 50D / 40D / 30D / 20D / 10D
    * 550D(Rebel T2i) / 500D(Rebel T1i) / 450D(Rebel XSi) / 400D(Rebel XTi) / 350D(Rebel XT)/ 300D(Rebel X)
    * 1000D(Rebel XS)

    Di622 MARK II for Nikon

    * D3X / D3s / D3 / D2Xs
    * D700 3)
    * D300s / D300 / D200 / D90 / D80 / D70s / D70
    * D7000 / D3100 / D3000 / D5000 / D60 / D50 / D40X / D40

    Di622 for Canon EOS

    * 5D / 7D
    * 50D / 40D / 30D / 20D / 10D
    * 550D(Rebel T2i) / 500D(Rebel T1i) / 450D(Rebel XSi) / 400D(Rebel XTi) / 350D(Rebel XT)/ 300D(Rebel X)
    * 1000D(Rebel XS)
    * 60D (Firmware update is required)

    Di622 for Nikon

    * D3X /D3
    * D700 3)
    * D300s / D300 / D200 / D90 / D80 / D70s / D70
    * D7000 / D3100 / D3000 / D5000 / D60 / D50 / D40X / D40
    * Fuji FINEPIX S5 Pro 3)

    ReplyDelete
  3. harga terbaru flash
    05 jan 2011 (lowyat)

    Canon Speedlite 270EX, - rm399
    Canon Speedlite 430EX II - rm1099
    Nissin Di622 Mark II - rm470

    ReplyDelete