Monday, March 15, 2010

bagaimana lens/kanta dihasilkan bah 2

sambung dari cerita yang lepas.. kerja di seksyen coating..
kagoire adalah step pertama setelah terima lens tu dari seksyen
centering.. kena check betul-betul quantiti dia.. kalau main terima
je..masa buat stock iventory nanti tau la ...

step kedua adalah segmenting.. emm kat sini..
lens yang telah di masukan kan kedalam kago dan di cuci
dalam washing mashine akan bergerak melalui conveyor
ke tempat segmeneting.. tempat ni.. operator yang duduk kat situ
akam ambil lens tadi dan pindahkan satu-satu kedalam
segment.. segment ni bekas khas untuk letak lens tu sebelum dihantar
ke mesen coating (penyalut warna)











lens/kanta yang telah di masukkan ke dalam segment.






segmen yang telah di letakkan lens/kanta kemudian di susun kedalam payung (umbrella) sebekum dimasukkan kedalam mesin coating. setiap umbrella boleh memuatkan 6 segment.





sebelum masukan kedalam segment.. kanta/lens tu perlu di
periksa satu persatu jika ada kizu-calar, piri-retak,habuk,
lens kelabu-kesan akibat cucian ultrasonic atau apa-apa defect
(kerosakan) yg boleh nampak la. keje ni dilakukan dalam
tempat gelap dibawah cahaya mentol. sambil tu tengok juga mentori
iaitu nak pastikan mana satu atas, mana satu bawah..
imej mentol yg terhasil pada lens tu nanti akan menunjukan
bahagian mana atas dan bawah. kat sini la kita org belajar kat
kak noor.. orang lama kat sini..






lens/kanta di periksa di bawah lampu dalam tempat gelap sebelum di letakkan kedalam segment. biasanya keje ni operetor perempuan yang buat.




buat keje ni kena pakai mask.. nanti kena yang jenis cakap,
menyembur pulak air liur tu..habis lak lenjun kanta tu.
kena air liur juga di kira defect.. kena cuci balik..
kerap cuci juga boleh menyebabkan defect.

step 3-tamake
lepas dah siap masukkan lens ke dalam segment ,
kemudian dimasukkan ke dalam umbrella, seterusnya
di masukkan kedalam mesin coating. keje ni dibuat
di tempat di panggil tamake.
kat sini operator lelaki yang buat.. sebab umbrella
yang penuh dengan segment dan lens tu berat gila.
malah tempat nak letak umbrella dalam mesin coating tu
di panggil chamber, panas nak mampos. chamber tu je panas..
keje dalam aircond..sejuk., tu yang best keje kat sini..














ni la dia payung/umbrella yand di susun segment kat atasnya,
penuh lens kat situ.. kalau jatuh masa angkat dia ni..emm.
tak tau nak cakap la.. masak la kena bambu.!!
kat sini la tempat saya keje masa tu..
bahagian tamake.

nanti sambung lagi..!!

No comments:

Post a Comment